Rabu, 11 Mei 2011

http://www.saujana.sg/Wiyata/KongsiSlaid/PengajaranPeribahasa/tabid/3586/Default.aspx

peribahasa melayu

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud :
a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud :
a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

peribahasa melayu

Rabu, 2 Mac 2011

Bab 5 - Din Cun Mencuri Padi (reflection)

Bab 5 menceritakan bagaimana Din Cun ditangkap polis kerana mencuri tiga guni beras. Bab ini juga menceritakan tentang Ah Cai dan Linggam ditangkap Salim merokok di tandas.




Perbuatan Salim betul dia patutberterus terang dengan gurunya supaya hukumannya tidak begitu berat.

Ahad, 9 Januari 2011

kegiatan kokurikulum

1)saya memasuki bola sepak.
2)saya boleh memasuki perlawanan.
3)
4)saya boleh belajar untuk menendang bola dengan betul.

Rabu, 28 Julai 2010

Harimau dan Tikus


Di sekolah, saya berlakon tentang harimau dan tikus. Saya menjadi harimau dan kawan saya, Martin menjadi tikus.Kalau boleh saya hendak berlakon lagi. Inilah gambar saya dan kawan-kawan saya yang berlakon. Kami mengikut giliran untuk berlakon dalam cerita yang sama.
Saya rasa saya boleh bercakap dengan lebih baik dalam bahasa Melayu semasa berlakon. Cerita ini tentang seekor harimau yang melepaskan tikus kerana dia tidak jadi memakan tikus itu. Tikus itu kemudian menolong harimau itu apabila harimau itu terperangkap. Saya rasa seekor tikus yang kecil boleh menolong binatang yang lebih besar seperti harimau.

Permainan Tradisional

Hendak tengok filem lama tentang permainan mencari cucu ? Saya bermain mencari cucu dengan kawan-kawan saya.


Sekarang saya hendak tunjuk filem P. Ramli klasik tentang mencari cucu...

Isnin, 26 Julai 2010

Bengkel Membuat Batik


Di sekolah saya belajar membuat batik di bengkel membuat batik. Encik Ika menunjukkan cara menggunakan canting untuk melakarkan corak bunga di atas kain putih. Dia melukis corak bunga. Sepanjang tunjuk ajarnya Encik Ika menerangkan tentang batik. Dia berkata bahawa orang-orang Melayu gemar melukiskan corak bunga. Apabila Martin bertanya berapa harga batiknya jika ingin dijual, Encik Ika berkata, "$150!"
Lihatlah hasil lukisan batik kami yang digantung di dinding sekolah. Cantik kan? $150 x 40 ....



Selepas bengkel itu kami menaipkan kosa kata yang boleh kami gunakan dalam karangan. Cikgu menggunakan 'wordle' untuk mengumpul semua perkataan-perkataan itu.







Rabu, 21 Julai 2010

Permainan Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

cara-cara untuk bermain congkak

Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Selasa, 20 Julai 2010

Permainan layang-layang


Pengenalan

Permainan layang-layang amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. layang-layang masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
layang-layang dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti layang-layang burung, layang-layang pari, layang-layang katak, layang-layang bayan, layang-layang merak, layang-layang kucing, layang-layang jala budi, layang-layang lenggang kebayan, layang-layang sewah dan layang-layang barat. Begitupun layang-layang bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan layang-layang yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, layang-layang juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Cara-cara untuk bermain permainan layang-layang

Pada kebiasaannya layang-layang akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang layang-layang dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi layang-layang yang berwarna-warni itu.

Lihatlah, layang-layang yang saya buat dengan emak saya.


Permainan gasing


Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara-cara untuk bermain permainan gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

permainan batu seremban


Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Cara-cara untuk bermain permainan batu seremban

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Isnin, 19 Julai 2010

pantun nasihat & pantun keagamaan

Hai kawan-kawan, kita berjumpa lagi. Hari ini saya akan cakap tentang pantun nasihat & pantun keagamaan.Maaflah,saya tak sempat menulis pada hari yang dijanjikan. Namun sekarang,saya akan bercakap tentang pantun nasihat dahulu sebelum saya tunjukkan contoh pantun keagamaan.

pantun nasihat
Ha, saya ada dua contoh untuk pantun nasihat.

1. Kayuh basikal perlahan-lahan,
sambil melihat awan yang berlalu.
Makanlah sayur dan buah-buahan,
agar kita jadi sihat selalu.

2. Monyet bergayut di atas pokok,
diganggu pula si orangutan.
Janganlah sekali cuba merokok,
rokok membahayakan kesihatan.


Pantun bukan sahaja untuk bersenda-loka,namun pantun juga boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat. Maklumlah,kita sesama manusia harus saling ingat-memperingati.

pantun keagamaan

1. Rama-rama hinggap diatas pohon,
terbang riang cantik warnanya.
Biarpun hidup seribu tahun,
kalau tak solat apa gunanya.


2. Pelbagai rasa,warna dan cara,
resipi lama Baba dan Nyonya.
Rukun Islam lima perkara,
Marilah kita mengamalkannya.

Setakat di sini dahulu ya,kawan-kawan. mata saya sudah mengantuk ni.
Moga-moga saya dapat idea untuk mencipta pantun melalui mimpi saya nanti :)
Selamat malam.....