Hai kawan-kawan, kita berjumpa lagi. Hari ini saya akan cakap tentang pantun nasihat & pantun keagamaan.Maaflah,saya tak sempat menulis pada hari yang dijanjikan. Namun sekarang,saya akan bercakap tentang pantun nasihat dahulu sebelum saya tunjukkan contoh pantun keagamaan.
pantun nasihat
Ha, saya ada dua contoh untuk pantun nasihat.
1. Kayuh basikal perlahan-lahan,
sambil melihat awan yang berlalu.
Makanlah sayur dan buah-buahan,
agar kita jadi sihat selalu.
2. Monyet bergayut di atas pokok,
diganggu pula si orangutan.
Janganlah sekali cuba merokok,
rokok membahayakan kesihatan.
Pantun bukan sahaja untuk bersenda-loka,namun pantun juga boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat. Maklumlah,kita sesama manusia harus saling ingat-memperingati.
pantun keagamaan
1. Rama-rama hinggap diatas pohon,
terbang riang cantik warnanya.
Biarpun hidup seribu tahun,
kalau tak solat apa gunanya.
2. Pelbagai rasa,warna dan cara,
resipi lama Baba dan Nyonya.
Rukun Islam lima perkara,
Marilah kita mengamalkannya.
Setakat di sini dahulu ya,kawan-kawan. mata saya sudah mengantuk ni.
Moga-moga saya dapat idea untuk mencipta pantun melalui mimpi saya nanti :)
Selamat malam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan