Pantun 2 kerat,
Pantun 4,6,8 dan 10 kerat.
Pantun telah digunakan secara meluas dlam kehidupan harian dan dalam seni budaya Melayu. Antara yang kerap kita dengar adalah : Pantun teka-teki,kasih sayang,nasihat,budi,peribahasa, agama dan lain-lain lagi.
Contoh pantun dua kerat hari ini adalah :
Hujan lebat bajunya basah
Bantulah mereka yang susah.
Jika kawan-kawan ingin pelajari bagaimana ingin mencipta pantun, saya lampirkan di sini sesuatu yang saya dapati dari sebuah laman di internet :
Semua bentuk pantun terdiri atas dua bahagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tidak punya hubungan dengan bahagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.
Contoh dan cara mencipta pantun :
Mulakan dahulu dua baris isi pantunnya, seperti:
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Selepas itu tulislah sampirannya. Biasanya sampiran itu berupa peristiwa sehari-hari. contoh:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Pantun yang telah disusun seperti ini:
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Saya percaya,jika ada minat dan kemahuan,anda pasti dapat mencipta pantun yang indah..
Selamat mencuba!! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan