Rabu, 14 Julai 2010

Pantun teka-teki.

Hai, kawan-kawan! Saya ada sesuatu untuk anda hari ini. Saya akan memberikan anda berberapa contoh untuk pantun teka-teki:

Sabun dan kelapa dibeli di kedai,
Terlupa pula mengambil wang baki.
Jika anda bijak pandai,
Binatang apa berkeris di kaki?

Indahnya malam berserta bulan,
Udara yang nyaman di pantai Bali.
Cubalah anda meneka soalan,
Mata apa yang panas sekali?


Bagaimana,kawan-kawan? Pasti kamu semua dapat menjawabnya..Pantun teka-teki boleh berbentuk serius atau jenaka..

Sehingga kita bertemu lagi esok....

**Mari minum air kelapa,
Doa tidur jangan dilupa..**




Tiada ulasan:

Catat Ulasan